|
| Sunday, 14 December 2008 |
| Matchday - Sunday 14 December 2008 |
SSLKL League Venue: Uniten, Bangi Time: 3.45pm | | Final Score | Swoosh 136 - 1 (Thilages) Wolves - 1 | | Players | | Henry, Yap, Andy, Wari, Lee, Hanif, Ben, Wilson, Rosman, Ah Boy, Thilages, Ramu, Razlan, Nima, Hazimie, Alex, Teoh, Wilson, Sathia, Ram, Mervyn, Jason. | | Manager's Report | Salam Bahagia, Jam 3:45 Cuaca amat Baik sekali tapi Padang dipenuhi Air selepas Hujan Tengahari, biasalah hujung tahun musin monson. Kehadiran Pemain pada masa awalnya agar menbimbangkan tapi 15 minit kemudian muncul dengan 22 Pemain. Kita masih mengingati Game yang lalu, tapi Ah Yap menberi moral and semangat kepada Kesebelasan separuh masa pertama menetang WOLVES FC.
Game ini Kita semua memakai Jersi Merah/Hitam and Pengadil menuip wisel kita sepak mula dengan THILEGAS,BEN,ROSMAN,WILSON,MERVYN dan RAM di tengah and atas, bahagian Pertahanan ialah BOY,WARI,YAP dan RAMU, dan Penjaga Gol ialah HENRY, kawalan Bola dengan Air bertakung di atas Padang memang Susah mengawal, seling-kala Pertahanan kita mencemaskan, Penyerang Kita juga mencemaskan Pertahanan WOLVES tapi Penjaga Gol WOLVES Cekap. Dalam Pertengahan menbuat Hantaran dari THILEGAS,JASON (yang baru menukar WILSON) kepada BEN, di kotak Penalti, dengan tiba-tiba Penjaga Gol WOLVES menjatuhkan BEN, terus Pengadil FARID menuip wisel lalu menghadiahkan sepakan Penalti, lalu THILEGAS memikul beban untuk mengambil sepakan Penalti and Gol sepakan yang Cantik 1-0 kepada SWOOSH lalu BEN,RAM keluar menukar ANDY,TORRES. Pengadil meniup separuh masa Pertama dengan 1-0. Posassi 55-45.
Separuh Masa Kedua Mula, Dengan Pembantu Jurulatih memilih Kesebelasan Utama untuk masa Kedua di Pertahanan dengan LEE,NIMA,TEOH dan RAMU sebahagian Pemain terakhir sebelum HENRY, Bahagian Serangan TORRES,RAZLAN,JASON,SATHIA,ANDY dan THILAGES. Kita di Bangku Simpanan harap SWOOSH menambahkan lagi Satu Gol. Kita mendapat beberapa peluang keemasan tapi takungan air menyelamatkan WOLVES. Dalam minit-minit terakhir WOLVES memberi banyak tekanan di kawasan Gol kita dan Pertahanan and Penjaga Gol mengawalnya dengan Baik. Menurut masa permainan tinggal 5 minit. Kecemasan belaku dengan sepakan jauh dari WOLVES #11, melepasi sarung tangan HENRY lalu WOLVES mendapat penyamaan Gol 1 sama. FARID Pengadil menuip wisel untuk mengakhiri perlawanan kita. Posassi 50-50.
Kesemuaan Pemain Kita bemain dengan Baik, hanya yang menyedihkan Kita ialah Padang yang dibanjiri Air Hujan. Walaupun Kita mendapat 1 mata dengan Jumlah keseluruhan selepas 6 Perlawanan = 9 mata. Kita jangan Putus-Asa, Tahun Depan 2009 Kita semua akan berganjat tahap yang lebih Tinggi.
Selepas menyaksikan perlawanan yang mencemaskan, dengan itu Ahli Panel memutuskan keputusan; Pemain Utama yang Menonjol dianugerah kepada RAMU #36 mengawal Pertahanan dengan Baik and Rajin.
Terima Kasih, Siaran Tertunda dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor |
|
posted by ezekiel @ 10:41
 |
|
|
|
|
|